Saturday 7 February 2015

Wanita zaman sekarang memandang rendah pada maruah mereka sendiri :')
Ada yang sanggup relakan tubuhnya dipegang dipeluk demi membuktikan bahawa cinta dia tu melebihi segala galanya. Tak kurang jugak pada segelintir muslimah. Ada yang sibuk melayan ajnabi di laman sosial. Gunakan niqab sebagai tarikan post sana sini.
Kalau perhati betul betul mereka yang berpakaian sunnah tu lebih kurang je dengan yang berbaju ketat bertudung pendek. Sebab apa? Ye sebab ikhtilat yang jatuh ke gaung. Nauzubillahminzalik. Kita dah la memakai pakaian sunnah tapi dok berzauj zaujah dengan ajnabi yang entah dari ceruk mana.


Pernah. Ada seorang wanita. Ni kisah benar ana ceritakan balik. Dia pm ana " Maaf saya tanya. Tapi kenapa muslimah zaman sekarang saya tengok ramai yang dok update gambar posing sana sini pastu yang komen semua pak ustaz. Bukan ke diorang berniqab sebab nak elak fitnah? Tapi saya tengok diorg sama je dengan kitorang yang berseluar jeans baju ketat ni "
Allahu Allah. Malu sangat perasaan ana bila ada orang ajukan soalan sebegitu kat ana. Tergamam taktau nak balas apa. Ye memang kita bukan maksum kita pakai tudung labuh pakai niqab semua tu tak bermakna kita malaikat kan?
Tapi ingat. Bila kita dah ambil keputusan pakai gitu kita kena istiqamah. Jangan jadikan alasan kita bukan maksum sebagai cara nak elak dari istiqamah. Kita kena tunjuk contoh yang baik pada mereka yang masih belum berhijrah.
Kalau kita sendiri terbabas macam mana mereka nak hijrah bersama? 

No comments:

Post a Comment