Saturday 7 February 2015

Berubah?
Tak mudah.
.
Istiqamah?
Lagi payah.
.
Andai kau tak punya tekad di hati,
Andai niat tak benar kerana illahi.
.
Payah?
Susah?
Penat?
.
Lihatlah,
Yang namanya kehidupan,
Takkan pernah lengkap tanpa hadirnya mehnah.
.
Yang namanya kehidupan,
Takkan pernah ceria tanpa datangnya ujian.
.
Yang namanya kehidupan,
Takkan pernah wujud kesenangan semata mata.
.
Di balik kepayahan,
Di balik kesusahan,
Pasti ada terselit kemanisan,
Pasti ada terselit kebahagiaan.
.
Andai bukan detik ini,
Andai bukan sekarang,
Mungkin esok,
Mungkin lusa,
Mungkin pada waktu waktu yang akan datang.


.
Sabar,
Redha,
Tabah,
Qowiy sentiasa.
.
Kerana di setiap langkahanmu,
Di setiap kepayahanmu,
Di setiap kesusahanmu,
Pasti akan ada Dia.
.
Yang sentiasa menemani,
Yang sentiasa menguatkan,
Yang sentiasa bersamamu,
Tanpa jemu,
Tanpa bosan.
.
Ya, sentiasa ada Dia. 

No comments:

Post a Comment