Saturday 7 February 2015

Salam Alaykum!kali ni sy nak share ngan kamu semua pasal masalah perempuanyg slalu onfuse time lps abes haid..


PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID :
Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu di qadha' bagi perempuan yang didatangi haid :
1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuk waktu Maghrib, kira2 dia sempat bersolat asar sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat zohor dan asar.


2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat isya' sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat maghrib dan isya'.

"Dan hal ini (qadha solat yang di tinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam"
(Imam Al-Ghazali)

Huraian masalah :
1. Kenapa perlu di qadha solat Asar dan Zohor?
- kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar, maka wajib baginya menunaikan solat asar. (selepas mandi hadas)
2. Kenapa pula solat Zohor juga diqadha' sama ?
- kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama' dan boleh diqasarkan bersama solat Zohor.
- kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak) , boleh jadi haidnya sudah kering dalam waktu zohor lagi, langkah Ihtiyat (menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqadha kan solat zohor.
3. Dalam perkara solat Subuh pun sama :
- perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering , sebelum masuk waktu subuh, kira2 sempat solat isya' satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat isya' sebab darahnya kering masih dalam waktu isya'.
Solat isya' juga boleh d jama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat Maghrib.
Diatas kecuaiannya tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) Maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu
maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku.)
- maka langkah Ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu d qadha juga solat maghribnya.

No comments:

Post a Comment