Sunday 11 March 2012

JikaAkuJatuhCinta



    Bismillahirrahmanirahim….
YaAllah,jika aku jatuh cinta ,cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu,agar bertambah kekuatanku untuk menyintai Mu…
Ya Muhaimin,jika aku jatuh hati,izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu…
YaRabbana,jika aku jatuh hati,jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu.
.YaRabbulIzzati,jika aku rindu,rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan Mu…
YaAllah,jika aku menikmati cinta kekasihMu,janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu.
YaAllah,jika aku jatuh hati pada kekasihMu,jangan biar aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu….

FenomenaCintaIslamik
Seringkali kita memahami bahawa amalan bercouple ini merupakan satu tradisi dalam kalangan remaja.Asal memasuki alam remaja sahaja,mesti individu ini akan mencari pasangan bagi mewarnai kehidupan mereka agar indah.Mereka,remaja ini menganggap bahawa amalan bercouple  dapat memberi positif terhadap hidup mereka,seperti mampu memberi semangat untukbelajar,menceriakan hidup,mempunyai tempat untuk melepaskan kasih sayang,dan juga sebagai tempat untuk menuai perasaan cinta berbuah.Memang dilihat penuh kebaikan ,niat mereka juga baik.Tapi,ingatlah,niat tidak pernah menghalalkan cara.Yang batil tetapbatil.

Syaitan begitu kreatif mencipta dan mempromosi kejahatan.Ada-ada sahaja cara danjalannya.Tidak pernah kaku,jarang yang beku.Sentiasa ligat dan cepat.Sentiasa ada pembaharuan.Perkara yang haram dihiasi dengan kebaikan .Manusia sifatnya lemah.Sebentar di atas,sebentar di bawah.Iman manusia iaitu sifatnya naik dan turun sangat mudah bagi syaitan untuk menghasut umat akhir zaman ini,…syaitan adalah makhluk yang paling berjaya membuatkan beberapa kaum membunuh nabi-nabi mereka dan yang berjaya menundukkan jutaan abid.Syaiatan juga adalah makhluk yang berjaya memperdayakan Nabi Adam….syaitan ada jutaan teknik untuk memperdayakan kita.
Dia akan memimpin kita perlahan-perlahan ,sedikit demi sedikit,bermula dengan sekecil-kecil perkara,perlahan-lahanmendakisatu demi satu tangga maksiat,dan akhirnya memerangkap kita dalam kemungkaran.Yang pertama,syaitan lumpuhkan adalah hati.Biar hati itu tidak lagi nampak baik atau buruk.Kemudian,dia akan matikan akal.Biar kita tidak dapat fikirakan dosa dan pahala.Akhirnya,dia akan menolak kita melakukan pengingkaran kepaada ALLAH.Bukan dalam hal zina sahaja,tapi dalam semua medan dosa.
      Couple itu adalah sebahagian daripada zina .Ini dapat dibuktikan di dalam Firman Allah yang bermaksud:”dan janganlah kamu mendekatizina,sesungguhnya zinna itu suatu perbuatan yang keji dan suatujalan yang buruk”(Surah Al-Isra’:32)
     Kenapa couple dikatakan sebahagian daripada zina?Rasulluah bersabda:mata boleh berzina dengan melihat,lidah boleh berzina dengan bercakap,tangan boleh berzina dengan berpegangan ,kaki boleh berzina dengan berjalan ke tempat maksiat.Hati pula boleh berzina dengan merindui,mengingati dan membayangisi dia.
Hakikatnya,macam mana kita lakukan sekalipun untuk meng’islamic’kan hubungan couple ini,kita tetap tidak dapat elakkan dari zina hati.Justeru,adakah anda ingin mengekalkan amalan bercouple ini sebagai satu tradisi golongan remaja dan seterusnya hanyut dalam lautan zina yang ditenggelamkan ombak pengaburan syaitan ,ataupun ingin mengikut hukum Islam yang mengharamkan couple sebagai mana zina diharamkan…???Hanya anda boleh menjawabnya.Sekiannn…

Sunday 4 March 2012

Bisikan Cinta Pertama



Cinta itu berbisik
Menggamit setia sebuah kasih abadi
Bertaut dalam sudut hati
Yang jauhnya sukar aku jangkau
Aku terpesona dengan ciptaan Ilahi
Sebentar aku hilang dalam lamunan
Tersentak aku hiba
Terkilan rasa dihati
Saat tersedar aku dilamun
Keindahan bisikan cinta
Adakah dosa bagiku Ya Allah?
Aku dibuai pesona wajahnya
Terdetik kesal saat khilaf
Membuka mata
Namun gelora jiwa ini terus membadai
Membawa helaian cinta
Yang aku sendiri tidak memahami kebenarannya. 

Ya Allah
Andai cinta ini anugerahmu
Andai cinta ini bisikan darimu
Andai cinta ini milikku
Peliharalah hati ku dan hatinya
Agar cinta ini bersemi
Di atas landasan Perjuangan islam
Ya Allah
Aku redha mencinta
Dan dicintai
Jika ini ketentuan Ilahi
Akan ku simpan bisik hati ini
Sehingga harinya terpatri
Dua jiwa bersemi

Biodata Penulis

Syafiq Wahab Merupakan seorang mahasiswa dalam bidang kejuruteraan kimia gas teknologi di Universiti Malaysia Pahang. Belian gemar menghabiskan masa dengan menulis puisi dan blogging. Beliau berkongsi karya di http://www.tintapenaku92.blogspot.com.

Jarak Itu Menjaga Aku dan Dia


Semua insan dalam dunia ini pasti pernah merasai perasaan itu. Perasaan yang tidak asing lagi dalam jiwa kita sebagai manusia. Perasaan yang kadangkala hadirnya tanpa kita duga atau kita paksa.
Memang sudah menjadi fitrah kita sebagai manusia untuk merasai perasaan itu. Cuma mungkin bagaimana perasaan itu hadir dalam diri kita berbeza bagi setiap individu.

Dalam diam, perasaan itu hadir di hatiku
Seperti insan lain, aku jua merasai perasaan itu. Perasaan yang bukan baru semalam berputik, tetapi telah hampir 5 tahun aku pendam. Aku sering tertanya-tanya salahkah untuk aku mempunyai perasaan yang bukan aku reka atau cipta, perasaan yang hadirnya tak pernah aku paksa, perasaan yang tak berubah sedikit pun walau banyak dugaan menimpa. Namun dalam aku melangkah menyusuri perasaan itu, aku sering dilanda rasa khuatir. Aku khuatir andainya rasa cinta ini melebihi rasa cintaku pada-Nya. Aku khuatir andai rindu yang aku pendam melebihi rinduku pada-Nya. Diri ku dan dia diikat dengan satu ikatan di dalam hati. Ikatan yang tak perlu aku dan dia lafaz melalui bicara kata.
Cukuplah rasa ini aku pendam dan dia juga memendam rasa yang sama. Jasad aku dan dia beribu batu terpisah. Hati aku dan dia juga beribu batu menjauh. Kini, wajahnya pun mungkin telah menjadi samar-samar di ingatanku. Suaranya seperti ku ingat-ingat lupa di telingaku. Rinduku padanya yang tidak menentu telah menjadi rindu yang ada hala tuju.



















Saat aku dan dia menjauh
Pernah satu ketika dulu, aku kecewa dengan keadaan ini. Aku rasa seperti tidak sempurna dengan ketidakhadiran dia disisi. Namun kini, aku mengerti mengapa dia makin menjauh dari aku. Aku hormat keputusannya kerana aku tahu semua ini dia lakukan demi kebaikan aku dan dia.Teringat aku bicaranya tentang kisah kami. Kami dipertemukan dalam keadaan yang aneh sekali. Dalam keadaan saling tidak mengenali, perasaan yang tidak disangka-sangka hadir dalam diri kami. Sehingga kini, aku masih tidak mengerti bagaimana perasaan itu hadir dan bercambah sehingga ke saat ini.
Oleh itu, aku megerti mungkin pertemuan yang aneh ini harus jua dilalui dengan jalan yang aneh. Biarlah 'JARAK' ini menjadi penjaga bagi aku dan dia. Biarlah ingatanku tentang dia yang makin samar-samar di dalam hatiku menjadi penguat hubungan aku dengan ya-Rabb. Aku yakin dengan rencana yang telah tertulis untukku. Aku yakin jika tertulis jodoh antara kami, sejauh mana aku dan dia berlari menjauh, kami akan dipertemukan jua di garisan takdir antara kami nanti. 

Jarak ini menjaga aku dan dia
Kini aku semakin mengerti, 'JARAK' ini bukan untuk menghukumku. Tetapi 'JARAK' ini untuk menjaga aku dan dia. Dengan 'JARAK' ini aku dan dia berjanji untuk berubah menjadi yang lebih baik. Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk memperbaiki cinta kepada Illahi.Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk mencintai Pencipta kami lebih dari segalanya. Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk mendalami Islam hingga ke akar umbi. Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan lebih bersedia untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai.
Terima kasih Ya Allah kerana memberi peluang kepadaku melalui jalan-Mu ini. Terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia.
Aku sedar, aku insan yang masih rapuh. Kadangkala hatiku goyah melihat keadaan sekeliling yang menekanku. Jika tidak kerana JARAK ini,mungkin aku akan mencari pelbagai alasan untuk bersama dia. Iman ku akan goyah saat terpandang wajahnya. Hatiku akan bertambah rindu saat mendengar suaranya. Moga hidayah yang diberi ini akan terus membajai hatiku. Aku yakin semua ini rencana Mu Ya Allah. Moga di akhir JARAK ini, Kau memberi kesudahan yang baik untuk aku dan dia

Biodata Penulis

Mohd Nazarul Elmy Merupakan Mahasiswa yang masih lagi menuntut dalam bidang Biologi Pemuliharaan (Conservation Biology) di Universiti Malaysia Sabah. Beliau berkongsi karya dihttp://antisipasielmyra.blogspot.com.

Nota Lelaki Kepada Perempuan Comelnya Sepanjang Hidup


Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani,
Malam ini, lelaki itu sunyi. Jalan bersendirian di atas lantai hitam. Atmosfera gelap menyelimuti cahaya. Yang tinggal hanya cahaya bintang dan bulan. Lebih tepat, angin turut bertiup enak, membelai rambut lelaki yang kusut masai .
Terbit rasa ingin tahu. Rindu kepada secebis dirinya. Secebis yang bisa memberikan lelaki itu sebuah perasaan bahagia yang bukan biasa. Rumit untuk diterangkan dan dihuraikan. Bahagia yang mampu menyempurnakan agama. Itu mungkin cukup penjelasannya .
Namun, lelaki itu tidak tahu, tidak tahu ke mana hilangnya cebisan itu. Mungkin lebih tepat , lelaki itu tidak tahu pun segala tentang cebisan itu melainkan tuhan yang maha mengetahui. Redha.
Lelaki itu berjalan perlahan, berteduh di bawah bumbung yang bercahaya. Meraba-raba pemandangannya, mencari cebisan yang entah bagaimana rupanya. Secebis yang bisa memberi perasaan bahagia yang menyempurnakan agama lelaki itu.
Lelaki itu mula memberi pandangan pertama .
Cebisan bertudung merah jambu. Pandangan kedua lelaki itu melekat ke bumi.
Cebisan berambut perang kemerahan-merahan. Pandangan kedua lelaki itu melekat ke bumi.
Cebisan berkaca mata comel. Pandangan kedua lelaki itu melekat ke bumi.
Susur keluar diatur. Kembali ke atmosfera gelap. Buntu. Entah bagaimana rupa cebisan yang mampu memberi perasaan bahagia buat lelaki itu sepanjang hidupnya.
Cebisan yang boleh memberikan lelaki itu satu lagi perasaan yang ikhlas memberikan setia mengikat janji tuhan. Degupan jantung cebisan yang mampu memberi nyawa untuk senyum bersama lesung pipit sebelum dipanggil tuhan. Rindu lagi.
Lelaki itu mula melukis hikayat di hatinya. Berdakwatkan rindu dan berkanvaskan harapan. Baring di atas lantai hitam, mencuit bintang-bintang yang terapung menyebarkan cahaya kecilnya yang bisa memberi zikir kepada tuhan.
Perempuan bertudung putih membawa si bunga yang cantik berlatarkan anjung luar rumah. Wajahnya samar-samar. Memegang bunga putih sambil tunduk dibawah bintang-bintang yang bergemerlapan. Hikayat seorang perempuan yang berkisahkan rindu menanti cebisan juga yang mampu memberi perasaan bahagia yang bisa menyempurnakan agamanya.

Dakwat rindu masih basah lagi. Harapan masih luas lagi. Namun, perasaan bahagia itu tersangkut dek kerana cebisan itu kurang jelas wajahnya. Bersangka baik dengan tuhan. Pastinya, ini adalah salah satu seni kebaikan tuhan yang agung.
Tak perlukan si cantik rupawan, cukup sekadar memberi lelaki itu senyum berlesungkan pipit .
Tak perlukan si kaya raya, cukup sekadar bermewah dengan bersusah payah bersama lelaki itu .
Tak perlukan si cerdik pandai, cukup sekadar bergeliga merendahkan diri menghias kebaikan kepada lelaki itu .
' Aku rindu. Aku teringin memandang tepat ke mata mu tanpa ada lagi pandangan kedua. Ingin sekali aku menyentuh hati mu dengan kalimah-kalimah bahagiaku. Samar-samar wajahmu, akanku tajamkan penglihatan ku meneroka seluruh benua, agar wajahmu lebih jelas di potret hatiku. Biarkan aku mengembara mencari dirimu yang hilang. Pasti aku mahu kuatkan hatiku bagi membiarkan kau turut derita dengan rinduku. Yakin aku berikan hatiku untuk kau rangkul dengan hangat , setia menyambut tanganku berjalan ke taman syurga yang kekal abadi . '
Harapan seorang lelaki itu, sebaik sahaja hikayat itu dilukis, wajah cebisan itu semakin kurang samar-samarnya. Kuat keinginannya untuk lelaki itu berikan hati yang bisa mencipta bahagia yang dijanjikan tuhan. Semoga cebisan itu dibisik dengan perasaan yang bahagia ketika ini, entah tidak tahu benua mana arahnya. Tuhan sahaja lebih maha mengetahui .
oh tuhan , makbulkanlah doa hamba itu.

Biodata Penulis

Syafiq Ibrahim Merupakan pelajar asasi sains semestar dua di UiTM Puncak Alam. Beliau berkongsi karya di http://jiwaku-mysoul.blogspot.com/.