Wednesday 7 November 2012

Wanita Umpama Pakaian


PAKAIAN MURAH
Pakaian-Hanya dilonggokkan.Pembantu kedai pun tidak sudi melipatnya kemas.Berhabuk.Sesiapa pun boleh pegang sesuka hati.Tak suka,campak.Ambil yang lain pula.
Wanita-Wanita yang terdedah sana sini,malah mudah bergaul dan mudah didekati.Sudah tentu orang yang bakal memiliki pakaian sebegini dari taraf yang sama.

PAKAIAN BIASA
Pakaian-Digantung rapi tapi kadang-kadang apabila tiba musim jualan murah,turut dilonggokkan sama.Pakaian ini tarafnya tinggi sedikit daripada pakaian murah.
Wanita-Wanita yang dijaga penampilannya tetapi tidak sepenuhnya.Mungkin bertudung tetapi tidak berakhlak dan tidak bersolat.Mungkin bertudung tetapi masih berpakaian sendat dan masih bergaul dengan lelaki.Bertepuk tampar dengan lelaki.

PAKAIAN MAHAL
Pakaian-Disimpan cantik dalam “showroom” khas.Siap cantik tersimpan di dalam almari kaca.Bukan semua orang yang mampu memiliki,bukan semua orang yang berani sentuh.
Wanita-Wanita yang sangat menjaga penampilan,akhlak,serta imannya.InsyaAllah,pemilik pakaian untuk golongan ini juga bukan calang-calang orangnya.

Sekarang,pilihlah pakaian mana yang anda suka.Adakah anda mahu dipilih-pilih,direnyuk-renyuk dan dibuang?Atau adakah anda ingin menjadi wanita yang biasa-biasa sahaja?Atau yang terhebat dan dalam kelas tersendiri serta menjadi idaman ramai orang untuk memilikinya?Pilihan di tangan anda…







Pesanan Imam Al-Ghazali Tentang Kawan


1.Pilihlah kawan yang berakal,jangan pilih kawan yang bodoh kerana ia akan menjadi musuh dan menyakitkan hati.

2.Pilih kawan yang berakhlak,jangan pilih kawan yang jahat kerana akan dirangsang nafsu jahatnya.

3.Pilih kawan yang soleh,jangan pilih kawan yang fasik kerana akan diajar kita kepada pekerjaan dosa dan maksiat.

4.Pilih kawan yang bersederhana.Jangan pilih kawan yang tamak kerana akan mejadi yang racun berbisa kepada sifat pemurah.

5.Pilih kawan yang yang bercakap benar.Jangan pilih kawan yang selalu bercakap bohong kerana akan memusnahkan jiwa.

Kemanisan Yang Dijaga


Apakah nilai dirimu?
Dijadikan begitu unik
Dihadiahkan Allah dengan keindahan
Keindahan penciptaan dan keindahan peranan
Bukan sekadar menghiasi dunia penuh nista
Dengan kemanisan dan cantik paras rupa
Namun dibahumu terpundak amanah nubuwwah
Melahirkan mujahid pewaris risalah…

Pastikan langkahmu…
Renunglah kembali tujuan penciptaan
Bagi menilai suci dan tulusnya keikhlasan dan keimanan
Hanya reda Allah puncak harapan
Bekalan mmenelusuri imtihan dunia tidak terduga…

Dirimu amat berharga…
Setiap ciptaan Allah tiada yang sia-sia
Walaupun karat hidupmu menghiasi lakaran kehidupan
Jadikan ALLAH pendorong perubahan
Hiasilah dirimu dengan wayak insan pilihan
Seorang wanita yang memiliki sifat keibuan
Lembut pada pandangan mata namun tegas pada agama…

Syukurilah…
Betapa dirimu adalah perhiasan dunia
Sebutir mutiara bernilai idaman hati setiap insan
Namun ingatlah…
Hiasan ini akan kekal indahnya jika dijaga rapi,
Jika dibaluti dengan iman di dada
Dan diletakkan di tempat yang sempurna
Leraikanlah jiwa
Andai dirimu tidak terpelihara
Kerana medan didikan mujahid terpundak dibahumu!


JOM HAPUSKAN DOSA!


Amalan-amalan yang menghapuskan dosa dan mendapat keampunan:

1.Mengelokkan wuduk.
2.Mengerjakan solat tasbih.
3.Berpuasa dan beribadah dalam bulan ramadhan.
4. Mengucapkan syukur selepas makan dan mamakai pakaian.
5.Duduk sebentar di dalam masjid selepas solat.
6.Berzikir selepas solat.
7.Berjalan dari rumah ke masjid dengan wuduk.
8.Berzikir kepada ALLAH.
9.Memperbanyakkan tasbih,tahmid,tahlil,dan takbir.
10.Mengerjakan solat secara berjemaah.
11.Solat di saf hadapan.
12.Mandi sunat sebelum pergi menunaikan solat jumaat.
13.Membelanjakan harta ke jalan Allah s.w.t.

DEAR MY “ADAM”



Assalamualaikum…

Dear future husband.. JYou don’t have to drive any BMW or Mercedez or Skyline to be gorgeous. Be an Imam in prayers.That’s how I define gorgeous.You don’t have to have nice voice and hush me with lovely songs to woo me. Recite the Kalamulluah ,Al-Quranulkareem.That’s how I would melt. You don’t have to be rich for me to love you…I don’t wanna be your girlfriend, I just wanna be the one you call as WIFE…

Your presence bring me HAPPINESS. You are my Halal Prince charming…Riding your horse of Taqwa ..Holding the Quran on the Right.. And Sunnah on the Left.. Giving glad tidings to the stranger…I will be a good wife ever after nikah as long as you promise one thing. Help me and accompany me in getting to JANNAH. So, from now on, I’ll be more determined to be a better MUSLIMAH for it’ll be easier for you to guide me with my family to Jannah