Tuesday 7 February 2017

Assalamualaikum and hye!hye to all peeps ♥ it's been a long time that I don't post anything on my blog, miss to share story with all of u guys..haha, I don't hv any interesting story actually to write about but heyyy I'm already a big girl now, and my writing is still like a kid..yeahh I know tht,but who cares..guess what, I'm turning 21 this year!emmmm,but still single and available, haha. But, I hv a crush in my mind, ♥ yeahhh, normal, like u guys also,right,kahkah..i knew tht u also hv a crush like lee min ho and other kdrama actors..blabla,what I'm mumbling about. It's 2017 this year. and I've already continue my degree in UPM..what a hectic life life student I have, pretty much!haha..I've already finished my 3rd sem and just in a few days ahead I will get in as a 4th year stdudent here..and I baru je check result pg td,ahah!just wanna share alhamdulillah, biasalah, result student ni mcm air pasang surut, kejap ok,kejap x ok,hahaha,but I really grateful about my results this sem,pray for me,guys that I'll maintains and perform better for the end of every semester ahead. I don't wanna pay ptptn so I wanna struggle to get DEKAN!lelewss,,,insyaAllah,pray for me,kayyy :) I pon hope u guys will get success also ♥

Saturday 7 February 2015

Salam Alaykum!kali ni sy nak share ngan kamu semua pasal masalah perempuanyg slalu onfuse time lps abes haid..


PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID :
Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu di qadha' bagi perempuan yang didatangi haid :
1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuk waktu Maghrib, kira2 dia sempat bersolat asar sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat zohor dan asar.


2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat isya' sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat maghrib dan isya'.

"Dan hal ini (qadha solat yang di tinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam"
(Imam Al-Ghazali)

Huraian masalah :
1. Kenapa perlu di qadha solat Asar dan Zohor?
- kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar, maka wajib baginya menunaikan solat asar. (selepas mandi hadas)
2. Kenapa pula solat Zohor juga diqadha' sama ?
- kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama' dan boleh diqasarkan bersama solat Zohor.
- kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak) , boleh jadi haidnya sudah kering dalam waktu zohor lagi, langkah Ihtiyat (menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqadha kan solat zohor.
3. Dalam perkara solat Subuh pun sama :
- perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering , sebelum masuk waktu subuh, kira2 sempat solat isya' satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat isya' sebab darahnya kering masih dalam waktu isya'.
Solat isya' juga boleh d jama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat Maghrib.
Diatas kecuaiannya tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) Maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu
maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku.)
- maka langkah Ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu d qadha juga solat maghribnya.
"Ingat senang?"
"Ingat senang nak berubah?"
Dari pakai tudung pendek hingga pakai tudung labuh?
Dari tak pakai handsocks hingga pakai handsocks?
Dari tak pakai stokin hingga pakai stokin?
Dari pakai seluar jeans hingga pakai seluar straight cut?
Dari pakai baju ketat hingga pakai baju longgar?
Dari gelak "HUAHUAHAHA" hingga gelak tutup mulut?
Dari solat tak cukup lima waktu hingga cukup lima waktu?
"Ingat senang ke?"

Tak. Saya serius cakap.
Saya tahu memang tak senang. Payah. Perit.
Bukan mudah.
Sebab apa? Kenapa tak mudah?
"Mujahadah Itu Pahit kerana Syurga Itu
Manis."
Setiap perubahan kearah kebaikan yang kita buat, tiada jaminan ianya mudah.
Tapi yakin satu benda.
Allah ada bersama kita.
Allah ada disetiap langkah kita.
Allah ada untuk membela kita.
Allah ada untuk menguatkan kita.
Allah ada untuk memujuk kita.
Percayalah, setiap manusia itu Allah anugerahkan sepasang kasut yang berbeza.
Manusia itu sifatnya berubah.
Jika pada saat ini, kita rasa yang kita sendiri tak layak jadi A True Muslimah, macam yang lain, jadilah A Rare Muslimah.
Mereka jarang di dapati.
Normal, bila nak berubah, people will judge you without
knows how your life.
Setiap manusia dugaan dan perjalanannya berbeza.
Ada yang lurus, ada yang bengkang bengkok.
Tak perlu berubah kerana mengikut manusia, tapi
berubahlah kerana Dia.
Percayalah, lebih indah perubahan itu jika kerana Dia. Kerana Allah.
Satu tips dari saya yang tak sempurna ini, janganlah bandingkan diri kita yang tengah bersusah untuk berubah
dengan orang yang dah jauh berlari sebab itu akan mudah buat kita rasa down untuk terus berubah ke arah kebaikan. Sebaliknya, kita mesti bandingkan diri kita hari ini dengan yang semalam.
Semoga hari ini lebih baik dari yang semalam.
Semoga hari ini, malah detik ini kita akan lebih
rasa bersemangat untuk memenangi
Pandangan dan Redha Allah.
Jika ada yang menghina dan mengejek kerana penghijrahan
kita, senyumlah dan mengadulah pada Allah.
Jangan patah balik hanya kerana kejian dan cacian mahupun kata-kata manusia.
Teruskanlah melangkah kerana Allah.
Teruskanlah melangkah untuk menjadi hamba Allah yang Terbaik diantara yang Terbaik.
Percayalah, Allah pasti kan bantu! smile emoticon
Berbahagialah dan tersenyumlah dengan Penghijrahanmu,
betapa Baik-Nya Allah sudi memberikan nikmat hidayah. Sesungguhnya kitalah orang yang paling bahagia jika kita orang yang Beriman.

Siapa pernah rasa macam ni?
"Payahnya nak berubah. Semua pandang bila pakai baju labuh.. Semua pandang bila pakai tudung labuh.. Ada yang tanya dah berapa lama dlm pantang? Hanya kerana pakai stokin".
Kenapa rasa macam pelik je?
Kenapa rasa macam buruk je kat mata mereka??
Kata jalan hijrah ini indah? Mana keindahannya?


Allahuakbar...
Tak tahan dah airmata ni ...laju turun!!
Tapi kini baru aku tahu....
Kerana aku sabar..
kerana aku minta mohon kekuatan itu...
Kini baru aku tahu...
Allah nak aku selalu cari Dia..

Bukan dah berubah tapi..solat lewat
Doa kejap ada..kejap tak ada...
Islam bukan boleh diambil separuh-separuh.
Jadi aku nak berubah pun tak boleh separuh-separuh.
Aku kena berubah sepenuhnya.
Moga-moga.
Amin.

"Tak dapat hidayah lagi laaa"
Hidayah perlu dicari , takkan datang bergolek depan mata .
"tak sedia lagi la"
Mati tak tunggu kita sedia , kadang kadang tengah lagha pun boleh meninggal .
"Pakai labuh labuh pun perangai macam apa......"
At least dia tutup aurat , lepaskan ayah dan mahram dia dari ditarik keneraka kerana dia .
"Ada je yang tak bertudung tapi baik"
Bertudung tak semestinya baik , tapi seorang yang baik semestinya bertudung .
"dia tu berubah sebab orang tu , orang ni....."
Tak salah berubah kerana manusia , mungkin suatu masa nanti hatinya terbuka untuk berubah dengan ikhlas kerana Allah s.w.t ..
Sedih rasanya bila orang anggap kita sangat tahu segala benda sedangkan hakikatnya kita sama , pendosa tanpa noktah .. kadangkala kita lebih berdosa dari seorang pendosa ..

Berubah?
Tak mudah.
.
Istiqamah?
Lagi payah.
.
Andai kau tak punya tekad di hati,
Andai niat tak benar kerana illahi.
.
Payah?
Susah?
Penat?
.
Lihatlah,
Yang namanya kehidupan,
Takkan pernah lengkap tanpa hadirnya mehnah.
.
Yang namanya kehidupan,
Takkan pernah ceria tanpa datangnya ujian.
.
Yang namanya kehidupan,
Takkan pernah wujud kesenangan semata mata.
.
Di balik kepayahan,
Di balik kesusahan,
Pasti ada terselit kemanisan,
Pasti ada terselit kebahagiaan.
.
Andai bukan detik ini,
Andai bukan sekarang,
Mungkin esok,
Mungkin lusa,
Mungkin pada waktu waktu yang akan datang.


.
Sabar,
Redha,
Tabah,
Qowiy sentiasa.
.
Kerana di setiap langkahanmu,
Di setiap kepayahanmu,
Di setiap kesusahanmu,
Pasti akan ada Dia.
.
Yang sentiasa menemani,
Yang sentiasa menguatkan,
Yang sentiasa bersamamu,
Tanpa jemu,
Tanpa bosan.
.
Ya, sentiasa ada Dia. 
Tutup aurat . Faham tak maksud tu ? Dah pakai tudung sekalipun tak semestinya awak dah tutup aurat awak .
Eg :-
a - Tudung lilit pocong -
Memang trend sekarang la kan lilit kepala tu tah macam mana boleh terletak elok kat kepala tapi pandangan dia sakitkan mata . Sebab apa ? Lilit dah okay tengok dari atas sampai ke leher eh alamak ai nampak pulak leher putih mulus dia tu . Mak ai kemain jarang lagi tudung dia dahtu lilit dia singkat yang amat . Bila jalan dia sengaja mendada . Nauzubillahminzalik . Awak bangga ke buat gitu ? Tak rasa malu ke ? :')
b - Tudung silang -
Ni pun kira fenomena hot la yang bebudak zaman lani buat . Tudung bawal elok dah labuh ke bawah tapi dia punya rajin duk silang dua belah tudung tu sampai nampak dada . Apa motif ? Nak kata serabut boleh je pin kat bahu kasi tutup dada tapi dia saja je . Nampak tak ?
c - Tudung dahi -
Haha tudung apa pulak ni . Ambe perhatikan gadis gadis melayu sekarang ada yang pakai tudung jenis shawl tu dia tarik sampai nampak rambut -.- Terserlah dahi licin tu . Kalau dahi je nampak tapi la tapi ni dengan anak anak rambut sekali nampak eh bukan anak rambut dah mak bapak rambut semua nampak *sigh*

d - Alien 2015 -
Cuba teka tudung jenis apa ? Hahaha ye mesti la yang ada benjol kat belakang tu -.- Taktau la apa yang menarik sangat dengan bonggol tu . Minat sangat ke dengan bonggol unta ? Motif kenapa ditinggikan bonggol tu sampai sekarang ambe tak dapat selidik lagi lewls . Kalau alasan rambut panjang pun ada je cara nya masuk dalam baju atau ikat kasi rendah pun dah okay ni dia ikat kemain tinggi . Lagi satu boleh effect kat rambut jugak nanti boleh rosak sebab kita ikat tinggi tarikan akar tu kuat sangat tu yang banyak gugur . Hm
Tegur bukan niat nak menghina tapi ada caring . Caring is loving cewah . Kita sesama perempuan kan takkan ambe nak biar kaum ambe buat salah amboi takkan nak masuk syurga sorang sorang kan :') Kalau nanti ambe tak dapat syurga insya-Allah awak awak semua dapat bolehlah tarik ambe masuk sekali . Kan ? Akhir kata dari ambe , jaga maruah seorang perempuan kerana martabat seorang perempuan tu terlalu tinggi untuk dipijak dan dimainkan . Buka mata hati dan fikiran dan ubah perlahan lahan . Adios smile emoticon