Saturday 7 February 2015

Aku tengok perempuan tudung labuh
Aku tengok perempuan berniqab
Aku tengok perempuan berpurdah
Semua lawa2
Namun kalau kalian tahu , betapa tingginya pandangan mereka terhadap gadis2 seperti itu sebenarnya sangat tinggi.
Wallahi aku sendiri tengok mereka semua aku rasa segan nak dekat aku rasa malu
Cantiknya mereka , manisnya. Allah suka sangat tengok . Memang tak berkelip mata tengok. Bukan apa, aku tertarik dengan mereka . Sopan je kan .
Sebab tu ,
bila aku pakai tudung labuh tu aku rasa takut,
takut nak bawa image tu. Bagi aku nilai tu terlalu tinggi utk dicemarkan dengan akhlak yang kurang sopan . Aku diam . Ada masa aku curi2 pakai tudung labuh pakai purdah.
Aku berdiri depan cermin.
Allah malunya . Tak tak aku tak boleh . Aku tak sesuai. Pakaian ni terlalu mulia untuk aku cemarkan. Kadang2 aku menangis susahnya nak istiqomah. Susahnya aku nak jaga.
Aku diam. Lari dari semua tu. Aku teruskan meneroka . Melihat wanita wanita yang berpakaian seperti itu.
Aku tanya kawan aku , lelaki.
"weh kau cerita dekat aku apa pendapat kau pasal perempuan tudung labuh niqab semua tu?"

Dia balas
" First aku sebagai lelaki , aku respect perempuan ni sebab sanggup pakai labuh2 ni. Kalau aku panas dah berpeluh tapi aku tabik ah sebab diaorang sanggup pakai demi nak kejar syurga. Aku suka tengok perempuan tudung labuh niqab semua ni. Cair gak kadang2. Dulu aku terkejar2 awek seksi free hair tapi bg aku kalau dah tayang semua tu , habis utk aku tinggal apa? Kalau semua dia dah bg laki lain tengok.
Sec, aku suka lagi2 bila tudung labuh tu, akhlak jaga, gelak sopan , hubungan dngn kawab3 bukan mahram dia jaga , smua tu lah . aku rasa nak buat bini doh hahah.
Tapi, ada satu aku tak berkenan, kebanyakkan nya diaorang ni lemah jugak bila dah main hati dan perasaan. Aku pernah try sorang muslimah ni. Lawa tudung labuh. aku pakai dp ala2 ustad sikit, aku post islamik. aku try ah ayat dia sikit konon aku rasa nak tngok jugaklah perempuan camni macam mana en dia. Tapi bila aku ayat dia, dia punya layanan tu aku tak tahan. aku rasa eish dah ah takyah cita.
Start tu, aku terus pandang, kau tudung labuh ke kau berniqab ke apa aku tetap pandang sama selagi kau boleh tepis kata2 lelaki tu bg aku kau hebat. Tapi aku still respect ah sbb diaorang pakai ni nak jaga maruah tapi mintak ah kalau kau pakai lpsni kau jaga lah semua tu. aku nak jugak tngok kau jd icon yg terbaik. jaga weh nilai pakaian tu. Ni kau tetiba tnya aku asal? kau nak pakai ke?"
Aku terkedu setiap jawapan dia. aku balas
"Oh okay haha takde apa saje tanya. aku nak serious pakai? tunggu lah. Buat masa ni aku jaga . Tapi utk upgrade mcm tu erm nntilah aku fikir. Skrng test2 je pakai . thnks ".
Lebih kurang mcm tu jalan cerita dia. Aku amik masa yg agak lama untuk hadam setiap bait katanya tu. Wallahi aku jd takut . sedih aku kalau aku salah bawak. Memang kita sebagai manusia kita kadang2 terbabas tesilap langkah tapi kita masih boleh berpatah balik.
Memang aku bole je pakai then salah aku patah lah balik . Apa susah en? en?
Tapi.. aku ni mudah lalai. Aku mudah terbuai dengan duniawi. Aku.. aku jadi takut.
Tapi lepas aku dapat tudung labuh ni dari sahabat aku ,
Aku pakai. Tengok cermin.
Hati aku bermonolog . " Sampai bila? sampai bila kau nak takut? nak lari"
Malam.
hampir terlena memikirkan.
"Boleh ke aku bawak image ni? boleh ke aku kawal nafsu ni? Boleh ke aku tepis semua tu? aghh !"
Esok pagi.
"Siap pakai jubah. tudung...?"
"ahh nak try lah pakai"
....
Bismillahirahmanirahim. Aku sarungkan.
.
"lawanya kakak, nanti mak nak beli lah kain macam ni"
Aku hanya mampu tersenyum.
Aku...
boleh. InsyaAllah.
Yakin. Allah ada.
Dulu aku pernah, tapi aku terkandas. Aku diam. Hijrah aku hilang. Lenyap seketika.
Azam baru? InsyaAllah. Aku belum
hijrah.
Bila aku nak?
Hanya aku dan Dia sahaja smile emoticon
Hijrah tak perlulah dihebahkan. Cukup hanya Kita dn Allah. InsyaAllah..
Si Tudung Labuh

No comments:

Post a Comment