Friday 25 May 2012

EMPAT GOLONGAN LELAKI AHLI NERAKA

Di hari akhirat,ada 4 golongan LELAKI yang akan ditarik  masuk ke neraka oleh WANITA.Lelaki itu adalah mereka yang tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga AMANAH itu.Mereka ialah:

AYAHNYA
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidakmempedulikan  anak-anak perempuannya di dunia.Dia tidak memberikan segala keperluan AGAMA seperti mengajar SOLAT,mengaji dan sebagainya.Dia memberikan anak-anak perempuannya tidak menutup AURAT.Tidak cukup dengan hanya ,memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke NERAKA  oleh anaknya.

SUAMINYA
Apabila suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya.Bergaul bebas di luar rumah,memperhias diri bukan untuk suaminya tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan muhrim apabila suami mendiamkan diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh ,puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh ISTERINYA.

ABANG-ABANGNYA
Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya .Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiarkan melencong dari ajaran ISLAM,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

ANAK-ANAK LELAKINYA
Apabila seorang anak lelaki tidak tidak menasihati ibunya perihal kelakuan haram di sisi Islam,bila ibunya membuat kemungkaran mengumpat,mengata dan sebagainya,maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.Nantikan tarikan ibunya ke NERAKA.

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita,bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat.Oleh itu,kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.
Firman Allah S.W.T:
“Hai anak Adam,peliharalah diri kamu serta ahli keluargamu dari api neraka di mana bahan pembakarnya ialah manusia,jin dan batu-batu…”
Harga seorang muslim adalah sangat bernilai.ALLAH S.W.T.Nilaikan seorang mulim dengan SYURGA,semua kaum muslim dijamin masuk syurga(sesiapa yang mengucapkan kalimah tauhid)dengan itu janganlah kita membuang atau tidak mengendahkan janji dan peluang yang ALLAH SWT berikan kepada kita.

No comments:

Post a Comment