Friday 25 May 2012

3 TANDA KEKOTORAN HATI



DENGKI
Amat cepat dengki dengan kemajuan orang lain.Bukan sekadar cemburu,tapi berusaha menjatuhkan sesiapa saja yang didengkinya.Orang sebegini bijak bersandiwara.

TAMAK
Asyik mahu membolot semua kelebihan yang ada,merasa dia lebih layak mendapat lebih berbanding orang di sekelilingnya.Orang yang tamak tak pernah bersyukur,bahkan mereka merasa nikmat yang ada masih belum cukup.Oleh kerana itu,mereka sentiasa berusaha  membolot hak orang lain dengan cara apa sekalipun,tak kira walau carnya haram.

BANYAK BERCAKAP SEOLAH-OLAH MEREKA TAHU SEMUA PERKARA
Biasanya  orang sebegini mahu dirasakan kehadirannya penting.Oleh itu,dia akan banyak bercakap,sangat banyak yang diperlihatkan yang dia tahu banyak perkara dan mahu memberitahu minda orang bahawa dia boleh bercerita fasal apa sahaja.Tapi,dia tidak pernah ambil tahu sama ada apa yang diceritakannya itu bohong,khabar angin atau fakta.Anda perlu berhati-hati dengan orang sebegini,kerana mereka bijak membuat fitnah dan pandai berlakon.Dia pandai membuat fakta dan biasanya,lebih banyak bercakap daripada bertindak melakukan apa-apa.

No comments:

Post a Comment