Friday 25 May 2012

10 PERKARA YANG MEMATIKAN HATI

Ketika Ibrahim bin Ad’ham(seoerang ahli tasawuf)berada di pasar Basrah,telah dikerumuni beliau oleh orang ramai,di antaranya ada yang bertanya:Ya Aba Ishak!Gelaran bagi Ibrahim bin Adham mengapakah kami memohonkan doa kepada Allah,tetapi tidak dikabulkan doa kami?Ibrahim bin Adham menjawab:”Kerana hati kamu telah mati disebabkan 10 perkara:

1.Kamu mengenal Allah tetapi kamu tidak menunaikan hak-haknya.
2.Kamu mengaku bahawa kamu cinta kepada Rasulluah,tetapi kamu tinggalkan sunahnya.
3.Kamu telah membaca Al-Quran,tetapi kamu tidak beramal menurut Al-Quran.
4.Kamu telah memakan nikmat-nikmat Allah,tetapi kamu tidak menunaikan syukurnya.
5.Kamu telah  berkata bahawa syaitan itu musuh kamu,tetapi kamu tidak menentangnya.
6.Kamu telah berkata bahawa syurga itu benar adanya,tetapi kamu tidak beramal dengannya.
7. Kamu telah berkata bahawa neraka itu benar adanya,tetapi kamu tidak bersedia baginya.
8. Kamu telah berkata bahawa mati itu benar adanya,tetapikamu tidak bersedia baginya.
9.Kamu bangun dari tidur lalu ceritakan keaiban manusia,tetapi kamu lupa akan keaiban sendiri.
10.Kamu mengubur mayat-mayat saudara-saudara kamu,tetapi kamu tidak jadikan pelajaran bagi mereka.

No comments:

Post a Comment