Wednesday 7 November 2012

Wanita Umpama Pakaian


PAKAIAN MURAH
Pakaian-Hanya dilonggokkan.Pembantu kedai pun tidak sudi melipatnya kemas.Berhabuk.Sesiapa pun boleh pegang sesuka hati.Tak suka,campak.Ambil yang lain pula.
Wanita-Wanita yang terdedah sana sini,malah mudah bergaul dan mudah didekati.Sudah tentu orang yang bakal memiliki pakaian sebegini dari taraf yang sama.

PAKAIAN BIASA
Pakaian-Digantung rapi tapi kadang-kadang apabila tiba musim jualan murah,turut dilonggokkan sama.Pakaian ini tarafnya tinggi sedikit daripada pakaian murah.
Wanita-Wanita yang dijaga penampilannya tetapi tidak sepenuhnya.Mungkin bertudung tetapi tidak berakhlak dan tidak bersolat.Mungkin bertudung tetapi masih berpakaian sendat dan masih bergaul dengan lelaki.Bertepuk tampar dengan lelaki.

PAKAIAN MAHAL
Pakaian-Disimpan cantik dalam “showroom” khas.Siap cantik tersimpan di dalam almari kaca.Bukan semua orang yang mampu memiliki,bukan semua orang yang berani sentuh.
Wanita-Wanita yang sangat menjaga penampilan,akhlak,serta imannya.InsyaAllah,pemilik pakaian untuk golongan ini juga bukan calang-calang orangnya.

Sekarang,pilihlah pakaian mana yang anda suka.Adakah anda mahu dipilih-pilih,direnyuk-renyuk dan dibuang?Atau adakah anda ingin menjadi wanita yang biasa-biasa sahaja?Atau yang terhebat dan dalam kelas tersendiri serta menjadi idaman ramai orang untuk memilikinya?Pilihan di tangan anda…







No comments:

Post a Comment