Saturday, 7 February 2015

Aku tengok perempuan tudung labuh
Aku tengok perempuan berniqab
Aku tengok perempuan berpurdah
Semua lawa2
Namun kalau kalian tahu , betapa tingginya pandangan mereka terhadap gadis2 seperti itu sebenarnya sangat tinggi.
Wallahi aku sendiri tengok mereka semua aku rasa segan nak dekat aku rasa malu
Cantiknya mereka , manisnya. Allah suka sangat tengok . Memang tak berkelip mata tengok. Bukan apa, aku tertarik dengan mereka . Sopan je kan .
Sebab tu ,
bila aku pakai tudung labuh tu aku rasa takut,
takut nak bawa image tu. Bagi aku nilai tu terlalu tinggi utk dicemarkan dengan akhlak yang kurang sopan . Aku diam . Ada masa aku curi2 pakai tudung labuh pakai purdah.
Aku berdiri depan cermin.
Allah malunya . Tak tak aku tak boleh . Aku tak sesuai. Pakaian ni terlalu mulia untuk aku cemarkan. Kadang2 aku menangis susahnya nak istiqomah. Susahnya aku nak jaga.
Aku diam. Lari dari semua tu. Aku teruskan meneroka . Melihat wanita wanita yang berpakaian seperti itu.
Aku tanya kawan aku , lelaki.
"weh kau cerita dekat aku apa pendapat kau pasal perempuan tudung labuh niqab semua tu?"

Dia balas
" First aku sebagai lelaki , aku respect perempuan ni sebab sanggup pakai labuh2 ni. Kalau aku panas dah berpeluh tapi aku tabik ah sebab diaorang sanggup pakai demi nak kejar syurga. Aku suka tengok perempuan tudung labuh niqab semua ni. Cair gak kadang2. Dulu aku terkejar2 awek seksi free hair tapi bg aku kalau dah tayang semua tu , habis utk aku tinggal apa? Kalau semua dia dah bg laki lain tengok.
Sec, aku suka lagi2 bila tudung labuh tu, akhlak jaga, gelak sopan , hubungan dngn kawab3 bukan mahram dia jaga , smua tu lah . aku rasa nak buat bini doh hahah.
Tapi, ada satu aku tak berkenan, kebanyakkan nya diaorang ni lemah jugak bila dah main hati dan perasaan. Aku pernah try sorang muslimah ni. Lawa tudung labuh. aku pakai dp ala2 ustad sikit, aku post islamik. aku try ah ayat dia sikit konon aku rasa nak tngok jugaklah perempuan camni macam mana en dia. Tapi bila aku ayat dia, dia punya layanan tu aku tak tahan. aku rasa eish dah ah takyah cita.
Start tu, aku terus pandang, kau tudung labuh ke kau berniqab ke apa aku tetap pandang sama selagi kau boleh tepis kata2 lelaki tu bg aku kau hebat. Tapi aku still respect ah sbb diaorang pakai ni nak jaga maruah tapi mintak ah kalau kau pakai lpsni kau jaga lah semua tu. aku nak jugak tngok kau jd icon yg terbaik. jaga weh nilai pakaian tu. Ni kau tetiba tnya aku asal? kau nak pakai ke?"
Aku terkedu setiap jawapan dia. aku balas
"Oh okay haha takde apa saje tanya. aku nak serious pakai? tunggu lah. Buat masa ni aku jaga . Tapi utk upgrade mcm tu erm nntilah aku fikir. Skrng test2 je pakai . thnks ".
Lebih kurang mcm tu jalan cerita dia. Aku amik masa yg agak lama untuk hadam setiap bait katanya tu. Wallahi aku jd takut . sedih aku kalau aku salah bawak. Memang kita sebagai manusia kita kadang2 terbabas tesilap langkah tapi kita masih boleh berpatah balik.
Memang aku bole je pakai then salah aku patah lah balik . Apa susah en? en?
Tapi.. aku ni mudah lalai. Aku mudah terbuai dengan duniawi. Aku.. aku jadi takut.
Tapi lepas aku dapat tudung labuh ni dari sahabat aku ,
Aku pakai. Tengok cermin.
Hati aku bermonolog . " Sampai bila? sampai bila kau nak takut? nak lari"
Malam.
hampir terlena memikirkan.
"Boleh ke aku bawak image ni? boleh ke aku kawal nafsu ni? Boleh ke aku tepis semua tu? aghh !"
Esok pagi.
"Siap pakai jubah. tudung...?"
"ahh nak try lah pakai"
....
Bismillahirahmanirahim. Aku sarungkan.
.
"lawanya kakak, nanti mak nak beli lah kain macam ni"
Aku hanya mampu tersenyum.
Aku...
boleh. InsyaAllah.
Yakin. Allah ada.
Dulu aku pernah, tapi aku terkandas. Aku diam. Hijrah aku hilang. Lenyap seketika.
Azam baru? InsyaAllah. Aku belum
hijrah.
Bila aku nak?
Hanya aku dan Dia sahaja smile emoticon
Hijrah tak perlulah dihebahkan. Cukup hanya Kita dn Allah. InsyaAllah..
Si Tudung Labuh

Aku.
Aku wanita.
Ya aku wanita yang berpakaian muslimah.
Aku bertudung labuh menutup dada.
Aku berstoking..
Terdengar indah.
Terdengar suka.
Namun hakikatnya,
Membawa imej itu amatlah payah.
Kemana2 menjadi perhatian mungkin kerana tak sangka.
Ya tak sangka.
Dulu
Aku sama seperti wanita2 di luar sana.
Yang hanya berpakaian tapi buat2 tak tahu di mana aurat sebenarnya.
Aku sama seperti mereka yang hanya memakai tudung di kepala.
Hakikatnya tidak menutup aurat dengan sempurna.
Orang lihat aku berubah.
Kenapa dengan tiba2?
Kenapa drastik saja?
Mungkin itu yang ada di benak mereka.
Wajah ku tenang saja.
Tatkala mereka melihat aku dari atas kebawah.
Aku senyum padanya.
Mungkin tak nampak kerana aku menutup muka ..
Jadi terkadang aku juga menyapa mereka.
Ada yang senyum semula.
Ada juga yang menjeling tanpa kata.
Aku gagahkan jua.
Kerana aku tahu medan inu bukan untuk orang2 yang lemah.
Bila aku mula melangkah ke majlis2 agama,
Orang memandang aku seperti aku ilmu penuh di dada.
Hakikatnya, aku ke sana kerana aku ingin tahu juga.
Orang mula mengasak asak aku dengan soalan2 seperti aku pengeluar fatwa.
Sedang aku juga pelajar seperti mereka.
Terkadang aku tertanya,
Adakah pakaian ini hanya untuk ilmuan2 yang banyak ilmunya?
Adakah pakaian ini melambangkan dirinya tiada dosa?
Adakah pakaian ini hanya untuk mereka yang bergelar hafiz hafizah?
Lalu, pakaian apa yang tinggal untuk orang orang seperti aku?
Tidak layak kah aku memakai pakaian seperti itu?
Aku buntu.
Sedangkan,
Menutup aurat itu wajib untuk semua dan juga untukku.
Lalu dari mana datangnya sempurna sedang aku juga manusia biasa?
Sedih. Sangat sedih.
Terkadang aku menangis dalam sepi.
Hiba dalam sunyi.
Andai ini ujian yang aku perlu tempuh di atas kelalaian ku dahulu,
Allah, aku redha ya Allah.
Aku rela andai ini jalan yang kau redhai.
Kerana Allah aku kuat.
Dan demi Allah aku harus kuat.
Aku berpakaian seperti itu bukan bermakna aku ustazah.
Salahkah untuk berhijrah?
Bila lagi nak berubah?
Sedang title kita sekarang pun "bakal jenazah"
Sudah sudah lah.
Cuba lihat dunia saat ini.
Tidak adakah sedikit pun gentar melihat kegoyahan dunia?
Kita semua tahu bahwa hari kiamat itu pasti tiba.
Dan wanita paling banyak menghuni neraka.
Lalu, mengapa kita masih leka?
Seolah2 dunia ini tempat kita selamanya.
Jangan alpa. Jangan leka.
Makin hari, makin banyak petanda.
Masih juga nak tutup mata?
Masih nak pekak kan telinga?
Aku tak kan kata buat lah ikut suka.
Kerana kamu dan aku sama.
Sama2 wanita.
Sebelum kamu menjadi isteri solehah,
Jadi lah kamu seorang anak solehah.
Berbaktilah pada orang tua.
Jangan heret mereka ke neraka.
Hanya di sebabkan oleh dosa dosa kita.
Masih belum terlambat.
Mulakan langkah dengan gagah.
Jangan teragak2 dah.
Masa takkan menuggu kita.
Hidayah takkan datang bila kita suka.
Sebab mati itu bila2 masa.
Sekian.

Salam Alaykum!
Hai apa khabar awak2 semua!apa khabar bakal2 bidadari syurga! apa khabar iman di hati?apa khabar rakan2ku yg cantik2 ,,eh eh lebih pulak memuji,hhaha.
Okey sebenarnye saja nak buat korang senyum sikit,sikit pon x pelah,Saje je post,since dah lama sangat kot x post kannnn.Honestly, I just wanna share to you about my perception about pretty,yup pretty or in another words beautiful,gorgeous,in korean we call that yipudda,or n Arab,we call that jamal!aha!All of that words we pronounce in different style,but we know that all of them bring the same meaning,that is cantik,right!
  All of girls in this worlds are beauty!All muslimah especially :) Why???because all of Allah's creations are beauty!Exactly! :)
  But,as long as you pandai menjaga nikmat yang Allah beri.Maksudnye?haaa. sini saya nak habak sat,,,perempuan tu cantik bila mereka tutup aurat dengan sempurna.Saya ulang yeee,dengan SEMPURNA!means that,,tudung kenelah labuh,,ahhh asyik2 ulang ayat yang samalah alia niii,haip2!don't say that words,okayyy >.< ramai yang wat andaian ,,ha okaylah ni,pakai tudung ,bukan nampak rambut pon,,,blablabla,,ha tu yg salah tu,memakai tudung it's not about only cover your hair or your leher,but when you're wearing your hijab ,you must totally covering your chest,shoulder n also wear it labuh sikit until reach your waist..."ala,malulah nak pakai tudung labuh,nanti orang cop alim 24 jam,padahal ilmu x seberapa"  heyyyy..janganlah wat andaian buruk cenggituh.lg bagus org pggil kau ustazah kan drpd pencuri ke,,haha,n redha Allah yg penting bukan manusia!
    Memang it's hard for wearing tudung agak labuh for the first time,but sometimes,take a baby step is good too!maksud sy,kadang ade org yg nak carik ilmu dulu baru sikit2 labuhkan tudung,,,bermula dgn tudung bidang 45 pastu 50...n lasty...60 ♥ yup,thats good!but ade yg trus nak labuhkan tudung after knowing that she must cover ape yg patut kannn,pastu sambil2 bertudung labuh tu dy giat carik ilmu,haaa,macam tu pon bagus! tp,,sayang bila kawan ade yang taknak mencuba even one labuhkan tudung,,tp sy tetap bangga dgn dyorg sbb dyorg even x pakai tdung labuh tp pandai jaga aurat ,dyorg pakai stokin,stongan,pastuh pakai tudung pon still covering the chest :) i like them!n respect them. :) kadang ilmu dyorg lbih tinggi dr saya,hmmm,so,muhasabah buat sy jugak spy banyakkan cari ilmu lg,,kann.
  "Ala,,,nanti kalau pakai tudung labuh,x leh nak berfesyen!"
  hey hey hey,,just look at kak Dena Bahrin,Irine Nadia n Diyana Amir...n kak Heliza Helmi,dyorang kan pakai shawl labuh2,but still boleh bergaya,so,tepuk dada tanya iman lah :)
   Lagi satu sape kata pakai labuh2 ni x leh pakai seluar,boleh je pakai tp kenelah longgar n kalau boleh pakai baju yg melepasi pinggul,,senang je..tp lg lawa pakai sirt,,hihi,,itu sbb sy suke,ngeee.
    Islam x melarang kite nak berfesyen tp mestilah ade syaratanye.Nak tahu?
Syaratnye,tutup aurat n x tabarruj (x keterlaluan).So easy right? ♥
    Kadang bila pakaii shawl ,janganlah mengata org tuh nak melawa lahh,fesyennye kelakar lah,,hey,sbnrnye pd sayalah,kalau pakai shawl tu sbnarnye lg senang tau awak..terus terlekat kat muka. :) lg satu,kalau org tu pakai ape ke,khusnuzonlah,dy pakai kerana Allah bukan nak melawa,okayyy.so,betulkan persepsi awk2 tu,haha!
    Okayyyy,sampai sini jelah sy berceloteh..dah 12 malam dah,my eyes pon need a rest :) keyh,goodnight korang :)
Ustazah ?
Gadis alim ?
Geng usrah ?
Antara panggilan yang diterima
Tapi kadang kala kau lupa
Disebalik tudung labuh itu
Dia adalah insan biasa
Yang punyai iman dan nafsu
Seperti kau juga
Dia punyai masa silam yang ingin dia padam
Dia juga punyai perangai hodoh yang dia ingin bunuh
Seperti kau juga ,
dia bukan insan sempurna .
Cuma bezanya ,
Dia memilih untuk memakai tudung labuh itu
Apa kau tahu perubahan apa tudung labuh itu padanya ?
Apa kau tahu amanah dan tanggungjawab yang dipikul bersamanya ?
Selain daripada panggilan panggilan yang kadang kala berbaur perli
Yang seringkali mengguris hati
Dia terpaksa terima tohmahan dan kejian berlipat kali ganda kalau dia lakukan kesilapan
Ya, kesilapan tanpa sengaja
Walaupun hanya sekali.
Tanpa berbicara dan menegur secara hikmah,
Kau ambil jalan mengumpat dibelakang,
"Pura-pura alim konon"
"Hipokrit sungguh dia tu"
"Cabut je la tudung labuh tu oi"
"Dia pakai tudung labuh untuk menutup jahat dia la tu"
Kerana ,
Orang sangka dia memakai sayap malaikat ,
Yang bebas dari dosa dan noda .
Sedangkan dia hanya memakai tudung labuh ,
Untuk menjaga dirinya sendiri daripada terus menjauh .
Mungkin kau lupa ,
Seperti kau juga ,
Dia adalah insan biasa ,
Yang tak akan pernah sempurna
Daie_arayyan
Hidupku caraku


Thursday, 25 September 2014

(◠‿◠) Saya pernah SETIA..
Tapi DIDUAKAN..(╯︵╰,)

(◠‿◠) Saya pernah PERCAYA..
Tapi DIKHIANATI..(╯︵╰,)

(◠‿◠) Saya pernah MENCINTAI..
Tapi DISAKITI..(╯︵╰,)

(◠‿◠) Saya pernah MEMILIKI..
Tapi akhirnya KEHILANGAN..(╯︵╰,)

(◠‿◠) Saya pernah JUJUR..
Tapi DITIPU..(╯︵╰,)

(◠‿◠) Saya pernah BERHARAP..
Tapi harapan itu cuma SIA-SIA..(╯︵╰,)

- Lebih baik menunggu orang yang tepat daripada menghabiskan waktu dengan orang yang salah ツ

- WANITA yg baik adalah utk LELAKI yg baik,
- WANITA yg soleh adalah utk LELAKI yg soleh,
- Begitu juga sebaliknya..

~ Tuhan telah tentukan JODOH yg tepat utk hambaNya ~

~✿>> Ya Allah..jika Kau TIDAK IZINKAN cintaku untuk jatuh pada hatinya, aku redha Ya Allah...tapi aku BERHARAP Kau jatuhkanlah hatinya pada insan yang bakal memimpinnya ke SYURGA, pada saat dia betul-betul bersedia..pintaku, janganlah dia DILUKAI LAGI..

Biar patah hati, jangan patah IMAN..  

p/s : Untuk CINTA yang TIDAK PERNAH KITA MILIKI, ingatlah bahawa setiap sesuatu yang sangat kita sayang itu, segalanya hanya MILIK Dia..
 

Wednesday, 16 July 2014

>>Saya suke sangat entri ni...saja nk share ngn korang,hope you all can understand penyampaian cerite ini :)

JIHAD LAWAN NAFSU .. 

Assalamualaikum,
saya minta maaf.
dah lama saya termenung, fikir pasal surat ni,
itu mungkin cerita awak sebagai perempuan,
tapi percayalah,
tak semua lelaki yang suka ajak perempuan buat maksiat.
sejak dari sekolah,
saya memang pelik, kenapa orang kata mendekati zina itu haram,
bukannya berzina lagi, dah berdosa juga.
errm, malas nak fikir panjang-panjang,
saya kan sekolah lagi..
tapi masa saya di sekolah, boleh kata saya kira baik la,
saya tak hisap rokok, sebab saya tahu mende tu tak bagi faedah pun,
tapi saya pun bukannya skema, pernah jugak ponteng kelas sekali dua.
biasa2 je.hehe.
tapi sejak saya masuk u,
saya tengok pergaulan bebas antara lelaki dengan perempuan,
memang sangat ketara,
ye la, kat sini ikut suka kita nak buat apa,
tak macam kat sekolah,
nak jumpa awek pun sorok2 kat belakang stor dekat padang,
takut warden nampak,
tapi itu dulu,
sekarang saya dah dekat u,
saya tengok ramai perempuan tak pakai tudung,
ada yang pakai tudung, ok la.
tapi baju pulak hmm, seluar pulak alamakkk.
ada jugak baju dah labuh, seluar dah longgar,
tapi tudung pulak tak tutup dada,
nampak segala apa yang kami kaum lelaki ni takde,
adui, camne nak jaga iman ni?
tapi saya still control lagi,
saya still ingat Allah larang kita dekat dengan zina.
sampai satu hari,
ada sorang perempuan cakap yang dia suka saya.
dia cantik, pakai tudung,
dan dia baik juga.
zaman sekarang ni, perempuan makin berani tunjuk2 'hint',
mula-mula just nak kawan, sms nak share masalah,
kalau pegi shopping atau holiday mana2, mesti dia ada beli something kat saya,
mula-mula saya tak layan sangat jugak,
takut jugak 'ter'bagi harapan kat orang perempuan ni,
mereka mudah sangat perasan,
layan sikit, terus ingat kita suka dia.
perempuan~
lama-lama,
dia dah berani call saya,
dengan suara perempuan yang memang lembut mendayu-dayu,
naik luruh jantung saya dengar,
dia minta tolong saya belikan set kfc zinger burger,
adui. banyak kali saya fikir nak beli ke tak,
puas saya cari alasan,
saya tak nak timbul fitnah.
tapi dia cakap dia gastrik,
hati saya mula timbul kesian,
saya beli makanan dan bagi kat dia.
mula-mula memang asalnya kesian je,
tapi lama-lama saya rasa best pulak,
ada orang nak msg saya,
kejutkan solat Subuh,
ada orang yang nak dengar masalah saya,
ada orang yang nak bg hadiah pada saya,
tambah-tambah kawan-kawan dekat kolej saya ni,
memang majoriti ada girlfren,
kira macam saya bertuah sangat2,
saya tak cari pun girlfren pun dah ada orang suka saya,
dah ada orang sayang saya!
eh, syooookkkk la pulak :))))
kau ada?
satu hari tu,
kami keluar berdua dekat satu tempat ni,
nak lintas jalan,
dia dah ada kat depan,
tiba2 ada kereta laju lalu kat jalan tu,
spontan saya tarik tangan dia.
zaaaappppp,
saya rasa berdebar,
saya rasa terkejut dengan tindakan saya,
rasa bersalah pun ada,
tapi niat saya nak selamatkan dia je...
yang paling buat saya lagiiiii terkejut,
dia senyum.
entah. tak faham apa yang dia fikir.
'dia tak marah ke aku pegang tangan dia?'
hati saya pelik.
dia senyum lagi, dan kata,
'Awak, terima kasih. sayang awak!'
saya senyum juga.
malas nak fikir panjang-panjang,
ohh. seronok nya. lembutnya tangan diaaaaaaa...
rasa nak pegang lagi.
'ha, gatal-gatal!'
akal saya marah.
tapi hati saya nak.
dan jujurnya,
saya makin lama, makin rasa sayang pada dia.
tak boleh kalau tak ber-sms,
tak pernah tak call even cakap selama satu minit,
ye la,
bila hati dah rindu,
bila hati dah sayang,
bila hati dah penuh dengan nafsu.


err.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
nafsu?
saya suka dia sebab nafsu ke?
saya cinta dia sebab nafsu ke?
'Tak! Kan saya nak ambil dia jadi isteri saya nanti!'
Hati saya marah.
'Awak pasti ke nak ambik dia jadi isteri?'
Entah dari mana suara tu datang,
Bunyi seakan mengejek.
entah,
tak tahu apa yang saya fikir time tu.
macam -macam perasaan,
tapi saya buat tak tahu,
biar dalam hati saya dah rasa macam,
'eh-betul-ke-apa-yang-aku-buat-ni?'
saya dan dia dah ter'couple',
nak buat macam mana,
best la ada couple ni,
kawan-kawan selalu puji,
dia cantik,
even pakai tudung,
tapi stylo, bergaya kottt.
tambah-tambah dengan fesyen sekarang,
siapa yang tak kembang semangkuk? eh.
please, sama-sama jaga diri...
satu hari tu,
saya jumpa video ni.
video hilal asyraf.
tentang cinta.
cinta yang hakiki.
terpukul.
terpana.
terasa.
semua ada.
saya cinta dia.
tapi kenapa saya makin bawak dia ke neraka?
Astaghfirullah.
kalau betul saya cinta,
saya mesti nak bawa dia ke syurga,
tapi situasi saya?
saya terpaksa mengaku,
saya kalah dengan nafsu.
saya sebenarnya,
...ikut nafsu.
sepanjang hari,
lepas saya tengok video tu,
saya diam.
kawan ajak main bola,
saya bagi alasan,
member ajak lepak kat mamak,
saya tolak.
saya nak sendiri,
hp saya letak tepi, tekan punat off.
saya malu.
saya dah tak sanggup.
saya dah malu sangat-sangat depan Allah,
saya still solat,
saya kadang-kadang mengaji,
tapi saya buat maksiat jugak.
saya makin lalai,
endah tak endah tentang dosa.
saya rasa,
saya dah tahu kenapa Allah tak bagi dekati zina,
sebab nanti end up,
jadi macam saya.
dari sms, lepas tu call,
dengar suara, rasa nak jumpa,
bila dah terpegang tangan sekali,
rasa nak pegang banyak kali,
semua tu nafsu!
banyaknya dosa saya.
:"(
Allah,
Allah,
Allah.
saya bangun,
ambik wudhu,
solat sunat 2 rakaat,
saya mintak sangat2,
Allah ampunkan dosa-dosa saya,
Allah ampunkan dosa-dosa kita.
dan air mata jantan saya mengalir laju.
.
bila dah tenang sikit,
saya 'text' dia,
'Awak, this is not the right way. This is not the way that Allah bless. I let you go, and please let me go. I dont want to bring you to Jahannam, instead I'll pray for you to get the light from Allah. May Allah bless you and me...'
dan saya terus matikan hp.
buat kali kedua.
saya sedar.
susah.
tapi saya bergantung sepenuhnya pada Allah.
sebab Allah yang pegang hati saya, pegang hati dia.
saya tak nak berpaling lagi.
dan untuk hawa semuanya,
jangan terlalu murah,
jangan ambik kesempatan dengan kelemahan lelaki,
awak buat suara mendayu macam tu,
sembur perfume wangi,
pakai blous, skirt, selendang ala-ala hot gitu,
dah namanya lelaki,
kuat mana imannya,
mesti akan tergoda jugak.
jadi,
kena sama-sama jaga diri,
simpan godaan-godaan tu pada orang yang teristimewa, kelak.
dan sekarang,
saya terus begini,
mujahadah.
doa saya terus kuat.
doa supaya dia faham,
doa kita sama-sama dalam redhaNya.
Insha-Allah.